11 Oktober, 2012 00:15 AM
10 Okt Diisytihar Hari Psikologi Perkhidmatan Awam - Nazri Aziz
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengisytiharkan 10 Oktober sebagai
Hari Psikologi Perkhidmatan Awam bagi mempertingkat kesedaran di
kalangan penjawat awam terhadap kepentingan pengurusan psikologi.
Beliau berkata Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) telah mengisytiharkan tarikh itu sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia pada setiap tahun.
Katanya, pengisytiharan itu merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan mereka yang terlibat dengan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam di negara ini.
"Saya berharap sambutan ini akan membuka lembaran baru kepada perkembangan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam dan memberi manfaat kepada pembangunan modal insan perkhidmatan awam dan negara," katanya sempena Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam hari Rabu.
-- BERNAMA

--------------------
10 Oktober, 2012 17:31 PM
Hanya 0.5 Peratus Penjawat Awam Hidap Masalah Mental - Jpa
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Hanya 0.5 hingga satu peratus daripada
1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi masalah psikologi dan
kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan.
Beliau berkata angka itu adalah kecil dan masih boleh diatasi
"Dengan bantuan dan kepakaran pakar psikologi dan kaunselor untuk pembangunan semula, masalah ini boleh diatasi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkesan untuk menyumbang kepada pembangunan agensi dan negara.
"Hanya bilangan kecil yang menghadapi masalah mental yang serius dan perlu mendapatkan bantuan dari pakar di hospital," katanya kepada pemberita selepas Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.
-- BERNAMA
---------------------

09 Oktober, 2012 21:21 PM
Kerajaan Digesa Kaji Punca Ramai Remaja Sakit Mental
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa segera mengenal pasti
punca dan mencari langkah menangani peningkatan jumlah pesakit mental
di negara ini, termasuk kanak-kanak dan remaja, yang berada pada tahap
membimbangkan.
Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) berkata peningkatan angka itu saban tahun menunjukkan isu tersebut perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.
"Kajian menyeluruh perlu dibuat untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan peningkatan pesakit mental di negara ini saban tahun.
"Kita sebagai ibu bapa mungkin tidak dapat kesan kedudukan anak kita dan tidak tahu mereka dalam keadaan yang memerlukan rawatan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat Selasa.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini mendedahkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, yang mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan kanak-kanak dan remaja meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus tahun lepas.
Liow berkata pengaruh Internet dan teknologi komunikasi selain faktor kesibukan ibu bapa dijangka terus membawa kepada peningkatan peratusan itu, yang dijangka terus meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

No comments:
Post a Comment