Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Wednesday, October 3, 2012

Bermula..

Minggu ni sebenarnya aku cuba menulis Bab Satu. Umumnya aku dapat banyak bahan bacaan terutamanya journal dan artikel. Rupanya area yang aku mahu kaji ini bukanlah terlalu asing dan baru, Alhamdulillah!

Aku sedang siapkan persoalan kajian:

"Kenapa Aku Kena Buat Kajian ini?"

No comments: