Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Monday, October 1, 2012

اللهم اغفر لي ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Mak, kaulah ratu hatiku...

Entah mengapa aku rasa nak menjengok mak yang sedang menerima rawatan terapi di Sungai Petani, Kedah. Dah masuk 2 bulan dia kat sana, akak yang jaga. Papit pun ikut sama.

Kesian jugak bila aku telefon  suara mak dah tak ceria lagi. Mungkin ini yang menyebabkan aku rindu dengan suara ceria dia seperti dulu-dulu.

Bacaan tekanan darah tingginya tak turun. Kalau dirawat di hospital pasti dah kena tahan wad. Tapi mak yang tak nak. Aku dah cakap banyak kali juga agar dia dapatkan rawatan di hospital. tapi dia takut agaknya.

mmm.. pagi-pagi tadi aku dah cakap dengan isteri dan anak-anak yang kita akan pergi tengok nenek hujung minggu ini. Justeru itu, aku kena siapkan apa-apa yang aku dah rancang nak buat pada minggu ini.

اللهم اغفر لي ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

-------------------------
aku baru je telefon mak.. sayu je dengar suara dia..
aku rasa, aku kena pi Kedah hujung minggu ni jugak

11.20am

No comments: