Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Thursday, March 14, 2013

pembentangan proposal - ulasan saya

aaa.. ehh.. mmm!
 Dr Siti Norlina bt Muhammad,
Dr Siti Aisyah bt Panatik,

Assalamualaikum w.b.t

Semoga Dr berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mengigatiNya.

Berkenaan pembentangan kertas cadangan pada pagi tadi, ini antara perkara yang dibincang dan diberi perhatian;

skop ente ni terlalu besar, bro!
1) Fokus kajian terlalu besar;
- Bina Modul
- Bina Instrumen
- Keberkesanan Modul

*fokus kepada satu bidang sudah memadai untuk PhD

2) Tajuk guna perkataan "Latihan.." --> "terapi" lebih sesuai

3) Pernyataan Masalah masih kabur;
- apa masalah dengan modul sekarang? gagal? kurang berkesan? --> buktikan..
- apa masalah dengan instrumen yang sedia ada?
- tiada modul spiritual di Malaysia?
--> "oleh itu, apakah rasioanlnya kajian ini dijalankan?"

4) Kerangka teori tidak jelas;
- al-Ghazali
- ibn al-Qayyim
* rujuk buku-buku tulisan mereka yang asli

5) Pembolehubah bebas tidak dibincang secara mendalam dlm sorotan kajian

6) kajian-kajian lepas tidak disertakan sebagai kerangka rujukan;
- jurnal terbaru (lima tahun ke belakangan)
- tesis yang sama metod - eksperimental - pembangunan modul dan instrumen
- sumber peratama sahaja (bukan cross referrence)
- Hadis kena takhrij
- Akhbar dan web BUKAN sumber authentic

7) Penulisan kurang sandaran rujukan - lebih kepada andaian/pendapat penulis

8) Siquance pandangan tokoh ternama, terkenal dalam bidang --> hendaklah diutamakan.

9) Penggunaan istilah tidak konsisten - faham istilah/term yang digunakan - rujuk ensikolpedia bidang

10 ) Definisi operasioanal tidak mantap;
- "latihan.."
- "jiwa.."
- "mental.."

11) kesimpulan saya:
- pembentangan ini tidak mengembirakan dan banyak perkara yang perlu ditambahbaik.
- isu utama yang perlu saya selesaikan ialah mengenai fokus kajian yang ingin ditumpukan.


Ishh.. macam nak kena tukar tajuk je?
Inysa Allah saya akan hubungi Dr untuk mendapat pandangan selanjutnya.




No comments: