Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Monday, January 7, 2013

Hantar Bab 1 Proposal

Esok aku akan hantar Bab 1 proposal aku kepada kedua-dua SV. mungkin akan jumpa dan bincang selepas mereka menyemak proposal tersebut. Aku rasa aku ada banyak bahan, tapi entah mengapa sukar betul nak menulis.

Aku cuba merenung dalam diri. Hati kecilku berkata "ilmu adalah anugerah Allah swt, jadi aku kena hampirkan diri kepadaNya".

Mungkin fokus ku agak tergelincir dari landasan. Ya Allah, tetapkanlah pendirianku ini. Amin"

No comments: