Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Thursday, September 6, 2012

akulah calon PhD



Hari ini dengan rasminya jadilah aku calon Phd di FTI. Kenapa calon? sebab perjalanan ini masih jauh dan sudah pasti banyak ranjau yang akan ditempuhi. Niat, azam dan cita-cita untuk memiliki PhD sememangnya menjadi keutamaan. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ilmu yang diperolehi itu dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Perasaan bercampur baur. Ada rasa gembira, bimbang, takut dan cemas. Tapi rasa bimbang melebihi dari rasa-rasa yang lain. Bimbang tentang keupayaan diri, kebolehan ilmu dan persiapan mental untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Pendaftaran berjalan lancar. Mula-mula pergi ke F54 SPS seperti yang tertera di dalam surat tawaran. rupa-rupanya sudah bertukar ke P16 FKE. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Parking penuh, terpaksa parking agak jauh dan mendaki bukit. Jom jalan. Alamak pen tertinggal dalam kereta pulak, macam mana nak menulis. Tadi naik bukit, ni kena turun. tumpang motor staf FKE (tak kenal pun!). "Naiklah, saya hantar awak semula kat atas". "Tak apalah pak cik" (malu le tu..). Ha! itu pun Mohd Azim Jamil, jiran merangkap ex-exco PMI yang menaiki motor kapcainya. Allah permudahkan rupanya.

Peramah dan sebarkan salam adalah menjadi prinsip aku. Ramai juga staf UTM yang bertugas yang dikenali dan itu memudahkan urusan pendaftaran. Dari Pak Cik Guard sampai Timbalan Pendaftar. Tapi sentiasa ingat bahawa jangan sampai menidakkan hak orang lain, itu zalim namanya. Allah tidak suka orang yang berlaku zalim!

Selesai semua urusan 8.30pagi - 10.30pagi. Petang ni ada taklimat. Fakulti ada telefon sebentar tadi menjemput untuk baca doa dalam majlis perjumpaan dengan pelajar-pelajar baru. Maaf, petang ni saya pun ada taklimat juga.

Ya Allah permudahkan segara urusanku. Amin.

No comments: