Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..

Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..

Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..

Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Friday, September 28, 2012

Jiwa?

Jiwa
1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 

2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 

3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu;

 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 

5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 

6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; 

berjiwa 
1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 

2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai.

Thursday, September 27, 2012

Abstrak

haha.. jangan tak percaya aku dah ada abstrak...

KESAN LATIHAN IBADAH TERHADAP KESIHATAN JIWA: KAJIAN DALAM KALANGAN PESAKIT MENTAL
Abstrak
 
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Latihan Ibadah yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti kesan Modul Latihan Ibadah terhadap kesihatan jiwa dalam kalangan responden. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang mendedahkan Kelompok Kawalan (KK) dan Kelompok Eksperimen kepada ujian-pra dan ujian-pasca. Responden kajian terdiri daripada 30 orang penghuni Hospital Permai yang telah dipilih menggunakan sampel bertujuan (purposive sampling). Manakala agihan kepada Kelompok Kawalan (KK) dan Kelompok Eksperimen (KE) menggunakan kaedah rawak mudah. Hanya responden dalam KE sahaja yang diberikan rawatan modul selama tempoh xxxxx, manakala KK tidak diberikan pendedahan kepada modul. Kesemua kelompok telah menjawab Soal Selidik …XXX…. dan Soal Selidik Kesihatan Jiwa yang sama sebelum dan selepas tempoh rawatan selesai. Data kajian yang diperolehi telah dinalisis menggunakan statistic deskritif dan inferensi. Kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai telah digunakan dan dianalisis bagi menganalisis maklumat demografi, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul. Statistik infrensi iaitu ujian-t dua sampel bersandar dan ANOVA sehala digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Modul Latihan Ibadah yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu 0.xxx. Manakala nilai kebolehpercayaan alpa Cronbach ialah 0.xxx. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian-pra dan ujian-pasca terhadap tahap kesihatan jiwa bagi KE. Bagi KK pula didapati bahawa perubahannya terlalu minima berbanding dengan KE. Kesimpulannyam Modul Latihan Ibadah memberi kesan rawatan yang lebih baik terhadap kesihatan jiwa kepada KE berbanding dengan KK.

Kata kunci: Kesihatan Jiwa, Kesihatan Mental, Psikoterapi Islami, Latihan Ibadah.

Wednesday, September 26, 2012

Ya Allah, berikan ku ilhamMu



Gambar pemandangan dari tempat pertapaanku S44A-501-5. Kalau akau blur, tengok luar ni sekejap!

Tuesday, September 25, 2012

Reka Bentuk lagi..

Alhamdulillah.. sedikit sahaja pindaan.. tetapi kesannya besar.. Allah.. Iyyaka nakbudu, wa iyyaka nastain!
*untuk Kerangka Kajian yang telah dikemaskini, sila lihat seksyen "Kertas Cadangan"

Monday, September 24, 2012

Reka Bentuk Kajian

mmm.. beginilah "Reka Bentuk" kajian yang aku nak jalankan selepas perbincangan dengan Dr Norlina SV aku.

Tajuk pun dah tukar kepada "Kesan Latihan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa" Satu Kajian Kes di Hospital Permai, Johor"

Esok akau akan berjumpa dengan Dr Aisyah untuk membincangkan metodologi. Entah sesuai atau pun tidak dengan reka bentuk ini, kita tunggu esok!

Thursday, September 20, 2012

Pertemuan Pertama

Hari ni pertama kali jumpa SV selepas menjadi pelajar secara rasmi. Tapi sebelum ni dah banya kali juga jumpa ketika persiapan buat porposal.

Nak dijadikan cerita, semalam aku dh hampir siap pindahkan idea dalam power point, tapi bila sebelah petang tiba2 laptop hang. Hilang segala kemaskini. Ya Allah, ampunkan lah dosa aku!

Pertemuan hari ini aku bawak tajuk lain sikit. Apa lagi, sv pun terkejut jugak lah. Aku pun malu juga, sebab tukar tajuk. SV pun komen tentang tajuk baru. Dia kata luas sangat. Namun dia ada beri cadangan balas, terima kasih.
Ahh.. Tukar lagi!

Monday, September 17, 2012

Doa Selamat

Syukur alhamdulillah, hari ini aku buat sedikit majlis kesyukuran di rumah. Menunya nasi tomato khairul yang masak, laksa ita, martabak daging larkin, kuih muih dan pencuci mulut.

Kesian isteri, penat dia prepare tapi tak ramai kawan2 dia yang datang. Agaknya kerana cuti yang agak lama, maka ramai yang balik kampung atau jalan jauh.

Mundri, arman, hafiz msi dan mohsin masjid tpu antara tetamu aku yang hadir. Pak cik sahak depan rumah dan ibrahim belakang rumah turut hadir.

Abang Nazri dan adik beradik yang lain juga hadir. Edot je yang tak ada. Mak dan bak malas agaknya nak jalan jauh, minggu lepas pun diaorang ada singgah rumah aku masa datang rumah besan mereka kat tmn teratai.

Majlis penutup oleh idris nasyid ktc yang aku paksa bungkus segala yang masih ada di atas meja. Niat aku nak beri dia orang bawak balik kat utm boleh kongsi dgn kawan2 asrama, harap mereka tak rasa yang aku bagi sisa2 je kat diaorang.

Aku masih teringat masa aku sekolah kat Mahaad Johor dulu, pernah aku dijemput makan kenduri kat rumah orang, aku pasang niat yang aku akan jemput budak2 makan kat rumah aku bila aku ada rumah sendiri. Alhamdulillah, Allah mengigatkan lagi kata2 ku itu..

Esok aku kena kemas rumah pulak...

Phd...?

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia

Alhamdulillah hari ini kesihatan beransur pulih. Terima kasih kpd isteri yang tersayang kerana menjaga kami dan masak bubur.. maaf sebab tak larak nak amik dari sekolah, kena naik teksi.

Kalau ingat2 masa kemuncak sakit perut kemarin, memang menguji kesabaran. Nasib baik ada zul tolong bawak pergi klinik.

Moga Allah pelihara kita dari segala musibahNya.

Selamat Hari Malaysia!

Politik exstrim yang diamalkan sebahagian orang memang boleh menyebabkan suasana yang yang tidak aman, kekacauan dan kegusaran.

Masalahnya sekarang, bagaimana mahu menanamkan nilai bahawa politik hanyalah satu warna dari warna2 hidup dalam masyarakat.

Tetapi apabila keinginan nafsu mahu kuasa pangkat dan pengaruh menguasai diri, segala sifat2 baik, toleransi dan berkongsi mula hilang.

Bagi golongan ini, matlamat menghalalkan cara. Sejarah tidak pernah mengajar manusia untuk mengamalkan cara politik yang sihat. Sedangkan sudah terbentang di hadapan kita tentng hakikat bahawa jika kita tidak bersatu, mudahlah musuh2 mahu menguasai kita.

Agaknya sebab itulah aku tidak berminat dengan politik. Aku cuma suka bacacerita politik! 

Thursday, September 13, 2012

peristiwa

Ada beberapa peristiwa berlaku:
1. HP masuk lubang jamban.
2. Najdah muntah2.
3. Supervisor sedang loya2
Ya Allah, permudahkanlah urusanku!

Monday, September 10, 2012

Parking Depan Rumah Pun Kena Langgar

-original message-
Subject: Parking Depan Rumah Pun Kena Langgar
From: mnsr1976@gmail.com
Date: 10/09/2012 8:43 PM

Ya Allah, sabarkan aku dengan ujianMu.. Amin! 

------------------------------------------------------

Setelah seharian mencari tajuk dan diuji dengan musibah kereta kena langgar, maka antara tajuk yang dapat aku cari adalah seperti berikut;


Keberkesanan Psikoterapi Berasaskan Wahyu Terhadap Kesihatan Jiwa: Satu Analisa Kualitatif

Keberkesanan Psikoterapi Berasaskan Wahyu Terhadap Kesihatan Jiwa: Satu Kajian di Hospital Permai, Johor Bahru.

Pendekatan Psikoterapi Islam Dan Kesannya Terhadap Kesihatan Jiwa: Satu Kajian di Hospital Permai, Johor Bahru.

Kesihatan Jiwa Melalui Pendekatan Psikoterapi Islami: Satu Kajian di Hospital Permai, Johor Bahru.

Pembentukan Personaliti Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Jiwa Dari Perspektif Islam

Empat tajuk teratas berada di dalam tema yang sama iaitu kesan psikoterapi Islam dan kesihatan jiwa. Manakala yang terakhir (warna hijau) tema personaliti dan kesihatan jiwa.

Mana pilihanku?

11.11pm

Tajuk?


Hari ini, aku mula serious memikirkan tentang tajuk tesis. Proposal yang ada perlu diperbaiki lagi. Ini kerana tajuk yang sedia ada memerlukan aku menggunkan method kualitatif yang aku pernah cakap aku tak mahir dan kurang minat. Bukan bermaksud kaedah kualitatif aku dah mahir, tetapi aku LEBIH CENDERUNG kepadanya berbanding kuantitatif.

"ربي زدني علما"

Sunday, September 9, 2012

Taklimat Ditangguhkan

Hari ini dijadual ada taklimat di FTI. Hampir 45 minit menunggu akhirnya hubungi Dr Nasrul dan dpt sms ini drpnya..

"Ana minta maaf pd semua sbb tak tahu ttg penangghuhan.. Ana ingat kerani akademik dah mengambil tindakan memaklumkn hal ini.."

Aku pun balas..

"Tak pe ustaz, rumah ana dekat je. Kesian juga kawan2 yang datang dari jauh"

Balik laa apa lagi. Marking kertas UHS1152 Hubungan Etnik SPACE pulak.

Sambil menunggu tadi jumpa Ustaz Marzuki senior di Maahad Johor dulu. Jumpa juga Zulhelmi ex-student UTM yang pernah sama-sama anjur Kursus Perkahwinan semsa aku di HEP dulu. Isterinya pulak adalah bekas Presiden Kelab Penyayang yang aku jaga.. Mmm, dunia kita terasa kecil!

Saturday, September 8, 2012

Kemas Bilik


Hari ini aku kemas bilik. Di sinilah akan akan menghabiskan sebahagian besar masa sepanjang 3 tahun ini. Moga-moga dengan kebersihan dan kekemasannya akan mendatangkan inspirasi kepada ku.

Petang nanti ada welcoming ceremony oleh SPS di DSI.

Friday, September 7, 2012

aku mencai petunjuk Mu yA Allah

(sambil dengar lagu en Mahir Zain.. Insya Allah dan Always Be There)

Hari ni aku bertemu dengan Dr Mastura Mahfar. Dia konvo master sama dengan aku. Tapi rezeki dia jadi pensyarah lebih awal 5 tahun dari aku. Aku juga kenal dia dah lama masa aku kat HEP lagi. Aku Pegawai Hal Ehwal Islam dia Kaunselor.

Aku pernah tanya dia, kalau dia sudi meminjamkan tesis Phd dia. Malulah.. tak complete lah.. macam2 alasan dia. tapi dia bagi jugak akhirnya. Dia pun baru melangsungkan perkahwinannya dengan rakan satu fakulti. Tahniah!

Hari ini dia hantar tesis dia dengan syarat tidak dibiri kepada sesiapa.

Aku berbincang dengan dia beberapa perkara tentang tajuk tesis aku.. ayoyo! tapi lepas dia balik akau dapat ilham tentang method yang bakal aku guna dalam research nanti. Selama ni pun aku tak mahir, pandai dan MINAT dengan kaedah kuantitatif tapi kenapa masa bentang draf proposal kat fakulti aku cadang guna kaedah ini. Aku pun tak pasti

Jadi selepas ini akau akan explore kaedah kualitatif dan library research!

Ya Allah, berikan aku petunjukMu, Amiin!

Thursday, September 6, 2012

akulah calon PhD



Hari ini dengan rasminya jadilah aku calon Phd di FTI. Kenapa calon? sebab perjalanan ini masih jauh dan sudah pasti banyak ranjau yang akan ditempuhi. Niat, azam dan cita-cita untuk memiliki PhD sememangnya menjadi keutamaan. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ilmu yang diperolehi itu dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Perasaan bercampur baur. Ada rasa gembira, bimbang, takut dan cemas. Tapi rasa bimbang melebihi dari rasa-rasa yang lain. Bimbang tentang keupayaan diri, kebolehan ilmu dan persiapan mental untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Pendaftaran berjalan lancar. Mula-mula pergi ke F54 SPS seperti yang tertera di dalam surat tawaran. rupa-rupanya sudah bertukar ke P16 FKE. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Parking penuh, terpaksa parking agak jauh dan mendaki bukit. Jom jalan. Alamak pen tertinggal dalam kereta pulak, macam mana nak menulis. Tadi naik bukit, ni kena turun. tumpang motor staf FKE (tak kenal pun!). "Naiklah, saya hantar awak semula kat atas". "Tak apalah pak cik" (malu le tu..). Ha! itu pun Mohd Azim Jamil, jiran merangkap ex-exco PMI yang menaiki motor kapcainya. Allah permudahkan rupanya.

Peramah dan sebarkan salam adalah menjadi prinsip aku. Ramai juga staf UTM yang bertugas yang dikenali dan itu memudahkan urusan pendaftaran. Dari Pak Cik Guard sampai Timbalan Pendaftar. Tapi sentiasa ingat bahawa jangan sampai menidakkan hak orang lain, itu zalim namanya. Allah tidak suka orang yang berlaku zalim!

Selesai semua urusan 8.30pagi - 10.30pagi. Petang ni ada taklimat. Fakulti ada telefon sebentar tadi menjemput untuk baca doa dalam majlis perjumpaan dengan pelajar-pelajar baru. Maaf, petang ni saya pun ada taklimat juga.

Ya Allah permudahkan segara urusanku. Amin.

Wednesday, September 5, 2012

tukar status

Insya Allah, esok akan akan bertukar status..

Time to send your PhD/MsC progress report.

Pagi2 lagi dah terima peringatan ini!

Sent from my mobile.

-original message-
Subject: Time to send your PhD/MsC progress report.
From: sp-azlinda@utm.my
Date: 05/09/2012 4:02 AM

Salam and G'day,

Dear MOHD NASIR BIN MASROOM,

Kindly please submit your Progress Report in two weeks time to:-

Human Capital Development
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor Darul Takzim
Malaysia

For any inquiry please contact sp-azlinda@utm.my

INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS

W'salam and Thank you.

Nor Azlinda binti Abu Bakar
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pejabat Pendaftar
UTM Skudai

This email is computer generated.