"Kesan Latihan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa: Satu Kajian Dalam Kalangan Pesakit Mental"
Salam Ukhuwah
Assalamualaikum..
Blog ini muncul atas keinginan untuk mencatat peristiwa sepanjang perjalanan aku sebagai seorang calon PhD selama tiga tahun, Insya Allah! Kira macam "travel log" lah..
Tidak keterlaluan jika aku namakan blog ini dengan "Monolog Nasir" yang bermaksud Nasir cakap sendirian :) Lagi pun aku kan nak mengkaji tentang "kesihatan jiwa" (Barat; kesihatan mental), jadi kalau aku cakap sendirian pun anda faham-faham sahaja lah ya..
Nasir,
4 Sept 2012
3.11pm

Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Monday, November 19, 2012
Thursday, November 15, 2012
Monday, November 12, 2012
Muncul..
Haa.. dah lama aku tidak menulis berita di sini. Sibuk? Tak lah, biasa2 aje. Mungkin tiada perkembangan baru yang mahu aku catatkan.
Pada 10 dan 11 November yang lalu aku menghadiri kelas kaedah penyelidikan yang dikendalikan oleh Dr Arief. Walaupun aku dah pernah hadir kelas seumpama ini, atas niat nak belajar banyak jugak input aku dapat.
Pada awal bulan ni jugak, aku ada berjumpa kedua-dua SV. Dr Norlina "mengesyorkan" agar aku mendetailkan tentang kesihatan jiwa dari pandangan Islam. Aku setuju. Tapi kesannya ialah aku kena buat instrumen ujian kesihatan jiwa dari perspektif Islam. Satu cabaran. Aku dengan berat hati memujuk hati utk menerima cadangan beliau.
Manakala Dr Aisyah memberi pandangannya dari aspek metodologi, pemilihan sampel dan rekabentuk kajian. Aku berada dilandasan yang betul nampaknya.
Hari ini mak masuk hospital selepas dipujuk oleh akak. Aku tahu dia takut. Agaknya pengalaman menjaga arwah abah kat hospital membuatkan dia sangat tidak setuju utk pergi ke hospital. Aku memang nak pergi Sg Petani, tapi selepas isteri selesai kursus sekolah dia dan buat kuih talam. Buat masa ni aku menunggu perkembangan selanjutnya. Jika perlu, baru aku ke sana.
Sekian untuk laporan kali ini.
Sent from Samsung tablet
Subscribe to:
Posts (Atom)